Unit Anjing Pengesan (K-9) JBPM bernama Denti (kanan) ketika selesai dalam misi mencari dan menyelamat baki mangsa iaitu sembilan orang pada hari keempat di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 DISEMBER 2022.

HULU SELANGOR – Lapan ekor anjing Unit Pengesan (K9) direhatkan dalam operasi mencari baki sembilan mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Goh Tong Jaya Genting, di sini, petang ini.

Daripada lapan ekor itu yang kepenatan itu, enam ekor adalah milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) manakala dua ekor kepunyaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesemua anjing itu diiringi pengawal direhatkan pada jam 4.25 petang tadi.

Unit Anjing Pengesan (K-9) JBPM bernama Denti (kiri) ketika selesai dalam misi mencari dan menyelamat baki mangsa iaitu sembilan orang pada hari keempat di lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 DISEMBER 2022.

Operasi SAR yang memasuki hari keempat pada hari ini menyaksikan

Setakat jam 5 petang, tiada penemuan mangsa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ini. – MalaysiaGazette