Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan terus meningakat dan kini mencecah 15,478 orang daripada 4,426 keluarga berbanding 9,511 orang pada pagi tadi.

Menurut Info Banjir Kelantan, sebanyak 105  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan sembilan jajahan di negeri ini telah dibuka.

Sebanyak 17 buah PPS dibuka di Tanah Merah, Pasir Mas (20), Kota Bharu (15), Kuala Krai (21), Machang (lapan), Pasir Puteh (sembilan), Tumpat (empat), Jeli (tiga) dan Bachok (tiga).

Peningkatan drastik pembukaan PPS paling banyak ialah di Pasir Mas mencecah 20 berbanding enam pada pagi tadi yang menempatkan  seramai 5,322 mangsa banjir daripada 1,658 keluarga.

Pasir Mas menjadi jajahan ramai mangsa dipindahkan setakat ini, diikuti jajahan Kuala Krai iaitu 2,333 , Tumpat (2,042) Pasir Puteh (1,478) Tanah Merah (1,333) Kota Bharu (1,292), Tanah Merah (1,327), Machang (870), Bachok (448) dan Jeli (360).

Semua paras air ditempat menyukat banjir di Sungai Kelantan masih berada paras bahaya kecuali paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja berada pada paras berjaga pada 3.68meter berbanding 3.45 meter pagi tadi. – MalaysiaGazette