Anggota bomba mencuci kasut yang penuh lumpuh selepas selesai membuat pencarian mangsa yang masih hilang di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 DISEMBER 2022.

BATANG KALI – Usaha pencarian sembilan lagi mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini, yang memasuki hari kelima bersambung semula 8.30 pagi.

Operasi dijalankan dalam keadaan cuaca cerah melibatkan keanggotaan dan aset daripada pelbagai agensi termasuk anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9).

Semalam, operasi berkenaan ditangguhkan pada kira-kira 12 tengah malam setelah gagal menjumpai sebarang mangsa.

Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 24 nyawa terkorban dan sembilan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat. – BERNAMA