dap rasis
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Seorang veteran UMNO menyindir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang dilaporkan berada di Auckland, New Zealand ketika negeri yang dipimpinnya dilanda banjir buruk, sejak Ahad lalu.

Tan Sri Shahrir Samad berkata, sebelum ini Pas dan sekutunya menjadi antara parti yang lantang membantah pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam musim banjir, kerana ia akan menyusah rakyat.

Bagaimanapun beliau hairan apabila Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas ‘boleh pula’ bercuti ketika Terengganu dilanda bencana itu.

“Orang sana sentiasa suci dan bersih. Geng mereka pun begitu mengambil berat tentang banjir sampai tak mahu PRU. Tapi boleh pula cuti semasa banjir,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook.

Semalam media melaporkan, tanda tanya ketiadaan Ahmad Samsuri di Terengganu selepas air bah melanda negeri itu terjawab apabila beliau disahkan berada di Auckland, New Zealand.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat yang mengesahkan perkara itu berkata, Ahmad Samsuri akan pulang esok.

Bagaimanapun, Hanafiah tidak mengetahui masa ketibaan Menteri Besar itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kes dan isu ini sama dengan pemimpin besar makan angin selamba bermain golf ketika rakyat derita banjir….jari telunjuk kelingking berkait…paku dulang paku serpih……

Comments are closed.