Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 858 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan tiga kematian.

Setakat semalam, sebanyak 4,982,744 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan dan 36,824 kematian dilaporkan sejak ac 2020.

Data KKMNOW menunjukkan kes aktif dalam tempoh sama pula sebanyak 14,590 termasuk 13,685 yang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 859 kes dirawat di hospital termasuk 46 di tempatkan di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu 23 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette