Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintendan Suffian Abdullah.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki memiliki dua botol plastik berisi cecair disyaki air ketum di sekitar Kuala Kubu Bahru, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, tangkapan dua suspek dibuat sekitar pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai dan merampas dua botol plastik berisi cecair disyaki air ketum yang  berisi 3.0 liter.

“Susulan itu, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Suffian, pihaknya menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan tampil menyalurkan maklumat ke pusat kawalan daerah dan balai berdekatan.

Pihaknya akan mengambil tindakan segera ke atas setiap maklumat serta aduan yang diterima tanpa sebarang kompromi serta prejudis.- MalaysiaGazette