Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi menggesa Kementerian Pendidikan menyediakan peruntukan yang besar untuk sekolah pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, peruntukan itu perlu terutama sepanjang tahun ini kerana masih banyak sekolah pedalaman tidak mendapat perbelanjaan mencukupi di dua negeri itu.

“Masih ada beratus sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak. Oleh itu untuk Bajet 2023 ini, perlu sediakan peruntukan lebih besar.

“Pelan ini sudah dilancarkan di Paitan, Sabah tahun 2013, tetapi selepas kerajaan diambil alih Pakatan harapan (PH) tahun 2018, menterinya, Dr. Maszlee Malik tidak beri perhatian.

“Tidak nampak pun dia sampai ke sekolah pedalaman dan untuk ke sana dia perlu tidur dua malam di rumah panjang,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, semalam.

Menurut Dr. Puad, tidak semestinya orang akademik paling sesuai menerajui Kementerian Pendidikan atau Kementerian Pengajian Tinggi.

Katanya, jika orang akademik, tetapi tidak ada political will pun tidak guna juga.

“Yang penting idea dan komitmen. Dr. Maszlee pun asalnya orang akademik.

“Ada orang bukan politik seperti ahli akademik dan banker bila jadi menteri, dia lagi kuat main politik. Lebih parah bila tidak berjiwa rakyat. Tidur di rumah panjang pun tidak sanggup,” katanya.

Beliau berharap, menteri yang baharu, Fadhlina Sidek cepat belajar mengenai struktur dan isu utama pendidikan.

“Jangan sampai suruh Ketua Setiausaha (KSU) atau Ketua Pengarah (KPPM) tolong jawab soalan pemberita masa sidang media,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast