KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus menurun kepada 420 kes jangkitan semalam termasuk tiga kes import.
Manakala empat kes kematian berlaku dalam tempoh sama.
Pertambahan itu menjadikan jumlah terkumpul kes jangkitan sebanyak 4,988,559 dan kematian 36,857 sejak Mac 2020.
Data KKMNOW menunjukkan kes aktif sebanyak 11,871 termasuk 11,232 kes yang dikuarantin di rumah.
Sebanyak 609 kes dirawat di hospital termasuk 30 ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk sembilan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula sebanyak 547. – MalaysiaGazette