KUALA LUMPUR – Bekalan air yang terjejas di 83 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah telah pulih sepenuhnya pada jam 9 malam tadi.
Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Gangguan itu berlaku sejak semalam ekoran paip pecah Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh. – MalaysiaGazette