Profesor Adjung Adam Richman.

KUALA LUMPUR – Buat julung-julung kalinya, Sekretariat World Muslimpreneur akan menganjurkan Majlis Anugerah World Muslimpreneur bagi mengiktiraf, meraikan dan menghargai usahawan serta jenama milik perniagaan di Malaysia.

Ahli Lembaga Pengarah Sekretariat World Muslimpreneur Profesor Adjung Adam Richman berkata, penganjuran majlis anugerah itu adalah suatu ruang dan peluang bagi usahawan serta jenama milik Muslim mendapat pengiktirafan sewajarnya.

“Sebenarnya, perniagaan serta jenama milik Muslim telah lama menjadi tunjang utama kepada pengukuhan serta peningkatan ekonomi dunia secara umumnya, serta Malaysia secara khususnya.

“Namun mereka tidak mendapat pengiktirafan serta penghargaan yang sewajarnya. Justeru, dengan penganjuran Anugerah World Muslimpreneur ini, segala penat lelah serta pengorbanan mereka akhirnya akan mendapat perhatian yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis Anugerah World Muslimpreneur akan dianjurkan oleh Sekretariat World Muslimpreneur dengan Kerjasama IKON Malaysia dan Kaya N Kaya Viral Sdn. Bhd.

Ia turut di sokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM).

Anugerah turut diakreditasikan oleh Pertubuhan Pengarah-Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD) serta mendapat sokongan beberapa rakan setrategik termasuk ToyyibPay.

Mengulas lanjut, Adam berkata, menyedari hakikat ini, Anugerah World Muslimpreneur dianjurkan bagi mengiktiraf usahawan serta jenama milik perniagaan Muslim yang telah membuktikan kemampuan serta daya saing mereka di dalam setiap cabang industri sepanjang era pandemik ini sekaligus menjadikan mereka antara pernigaan serta jenama yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Sementara itu, Majlis Anugerah World Muslimpreneur akan berlangsung pada 28 Januari ini bertempat di Hotel The St. Regist Kuala Lumpur dan Yang Di-Pertua Negeri Melaka,Tun Mohd Ali Mohd Rustam. – MalaysiaGazette