Pelajar UPM memunggah biksut untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir.

RANTAU PANJANG – Seramai 40 pelajar Persatuan Kebajikan Mahasiswa Johor, Universiti Putra Malaysia (Perkasa Johor UPM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM telah mengedarkan sebanyak 4,000 bungkusan makanan dan
barangan keperluan untuk mangsa banjir di Rantau Panjang, Kelantan semalam.

Presiden Perkasa, Muhammad Ikram Marozan berkata,  Misi ksumbangan tersebut berupa naskah al-Quran, pek makanan, set bantal, tilam dan selimut bayi dan kotak ubatan.

”Seramai 40 pelajar yang merupakan ahli PERKASA Johor telah menyertai misi khidmat komuniti ini sebagai sukarelawan selama tiga hari.

”Mushaf Al-Quran disumbangkan oleh Nasyrul Quran dan kotak set makanan dinamakan Kotak Rezeki Mahasiswa Johor,” katanya.

Sementara itu Ketua BHEP UPM, Nuruliman Ibrahim yang mengetuai misi itu berkata, usaha pelajar UPM tersebut amat dihargai kerana mereka sanggup mengorbankan cuti ketika Tahun Baharu untuk meringankan kesusahan masyarakat yang memerlukan bantuan.

BHEP juga telah menyumbangkan bantuan barangan dan kewangan untuk empat keluarga pelajar UPM di sini yang menjadi mangsa banjir banjir. – MalaysiaGazette