Foto Al Jazeera.

RIYADH – Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo tiba di sini untuk diperkenalkan secara pengumuman rasmi sebagai pemain baharu kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Televisyen tempatan, Al Ekhbariya melaporkan, pemenang lima kali Ballon d’Or itu di bawa ke hotel mewah sebaik mendarat di ibu kota lewat malam tadi.

“Dia membawa pasukan besar pembantu malah firma keselamatan,” kata pegawai kepada AFP.

Ronaldo, 37, sebelum ini mengesahkan perpindahan mengejut dilaporkan bernilai lebih 200 juta euro (RM940.11 juta) dan beliau menandatangani perjanjian hingga Jun 2025.

Penyerang antarabangsa Portugal itu yang meninggalkan Manchester United selepas mengkritik kelab dalam temubual TV akan muncul di stadium berkapasiti 25,000 tempat duduk milik Al Nassr, Stadium Mrsool Park dekat Riyadh hari ini.

Al Nassr menjangkakan stadium akan penuh bagi acara memperkenalkan pemain itu menurut seorang pegawai yang enggan dikenali.

Ronaldo setakat ini adalah bintang terbesar akan bermain di Arab Saudi walaupun pemain lain seperti George Weah, Pep Guardiola adan Xavi jugap ernah beraksi di negara Teluk yang kaya itu pada penghujung karier mereka.

Al Nassr, juara sembilan kali Liga Arab Saudi melabelkan kedatangan Ronaldo sebagai “luar biasa daripada sejarah yang akan dicipta” sambil mendakwa ia akan memberi inspirasi kepada keseluruhan liga malah negara berkenaan.

Menerusi ciapan di Twitter, Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal memohon supaya “menyokong keseluruhan kelab kami kerana perjanjian berkualiti dengan bintang antarabangsa tidak lama lagi.” – MalaysiaGazette