Petugas kesihatan memimpin seorang pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Tiada kematian akibat jangkitan Covid-19 semalam, menjadikan kes kumulatif kekal kepada 36,859.

Manakala kes baharu Covid-19 dalam tempoh sama sebanyak 431.

Ia menjadikan jumlah terkumpul Covid-19 sejak Mac 2020 sebanyak 4,989,679, menurut data KKMNOW.

Kes aktif pula sebanyak 11,696 dengan 11,084 kes menjalani kuarantin di rumah.

Kes yang dirawat di hospital sebanyak 581.

Jumlah kes yang dirawat di unit rawatan rapi pula sebanyak 31 dengan 21 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh sebanyak 500 dalam tempoh sama. – MalaysiaGazette