Mohd Puad Zarkashi waris sultan sulu ventilator keadilan najib sistem rahmah
Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pendedahan Perdana Menteri bahawa banyak dos Covid-19 terpaksa dilupuskan kerana kurang sambutan daripada rakyat untuk mengambil dos penggalak amat mengejutkan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi menyifatkan ia satu pembaziran.

Soalnya berapa banyak kerugian ekoran pelupusan dos tersebut.

“Siapa yang order (tempah). Siapa pula yang untung.

“Kenapa kempen penggunaan (dos penggalak) gagal? Siapa yang bertanggungjawab,” soalnya.

Oleh itu, tambah beliau, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan perlu jawab kerana rakyat mahu tahu.

Tegasnya, Kerajaan Perpaduan mesti siasat kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkannya.

Pada sidang media semalam, Perdana Menteri berkata, negara ini mempunyai vaksin Covid-19 yang mencukupi tetapi banyak yang terpaksa dilupuskan kerana kurang sambutan daripada rakyat untuk mengambil dos penggalak.

Menurut beliau, lebih 49 peratus orang ramai sudah melengkapkan pelalian mengambil dos penggalak dan ketika ini, bekalan vaksin masih ada kira-kira enam juta dos. – MalaysiaGazette