Gelagat Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon (kanan) dan Ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 07 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya mengakui anak buahnya mempunyai misi sukar yang perlu diselesaikan apabila berdepan Thailand dalam perlawanan timbal balik pada Selasa depan di kubu lawan.

Kim Pan-Gon berkata, walaupun menang tipis 1-0 ke atas pasukan Gajah Perang itu dalam perlawanan separuh akhir pertama namun keputusan itu tidak cukup meyakinkan.

“Memang menang dengan keputusan 1-0 tidak cukup sebenarnya… tetapi apa yang menggembirakan kami adalah tidak bolos gol dan berjaya menyekat lawan daripada menjaringkan gol..itu penting.

Penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi mengasak cubaan pemain Thailand, Peeradol Chamrasamee pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 07 JANUARI 2023.

“Saya nampak peluang keemasan, kami sepatutnya sudah mendahului lawan dengan jaringan 3-0 sekurang-kurangnya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di stadium malam tadi.

Tambah beliau, anak buahnya gagal mengekalkan rentak permainan dan bergelut untuk melakukan serangan selepas gol pertama.

Menurut Pan Gon, pasukannya cuba mengadaptasi perlawanan lawan namun sukar disebabkan skuad Thailand sangat teknikal.

Reaksi pemain Malaysia, Ruventhiran (kanan) selepas pasukan negara menang dengan jaringan 1-0 ketika aksi menentang pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 07 JANUARI 2023.

“Ya kami memang cuba beraksi dengan intensiti tinggi menekan Thailand tapi tidak berapa berhasil namun gembira berjaya mengharungi permainan yang sukar itu dengan menang satu gol kosong.

“Perlu faham kami berdepan pasukan yang sangat baik dari segi semua aspek termasuk ranking.. namun semangat berpasukan, saling bermotivasi serta memperbetulkan kesilapan serta-merta dan meningkatkan rentak permainan atas padang perlu dipuji,” katanya.

Jurulatih waga Korea Selatan itu juga berkata, pemainnya kini penat dan mereka perlu pulih segera dan bersiap sedia untuk menghadapi misi separuh akhir kedua yang akan menentukan pengesahan ke final di Thailand nanti 10 Januari 2022.

Pemain Malaysia, Stuart John Wilkin (kanan) tenang mengawal bola walau diasak pemain Thailand, Adisak Kraisorn (tengah) pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 07 JANUARI 2023.

“Kami harap dapat mempamerkan aksi terbaik dan mencipta gol yang baik di tempat lawan nanti untuk mengesahkan tiket ke final, itu harapan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemainnya Ruventhiran pula berkata, semangat dan sokongan 62, 989 penyokong Harimau Malaya yang mengegarkan stadium malam tadi menambah motivasi pasukannya untuk beraksi dan bertahan lama.

“Kami terharu dan patut berterima kasih kepada puluhan ribu penyokong kami yang memberi semangat sepanjang 90 minit perlawanan.

“Setiap kali kami memegang bola dan mara ke hadapan menumbusi kubu lawan mereka bersorak sekali gus menambah tenaga kami, semangat juang kami dan bertahan dengan lebih efektif

“Yang menggembirakan adalah mempamerkan aksi bertahan menentang pasukan baik seperti Thailand adalah sangat sukar tetapi kami berjaya melakukanya tanpa bolos gol, itu penting,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast