ISTANBUL – Real Madrid tewas 2-1 di kepada Villarreal pada perlawanan hari ke-16 La Liga Sepanyol pada Sabtu.

Villarreal memecah kebuntuan dengan jaringan Yeremy Pino pada minit ke-47 dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio de la Ceramica, lapor Agensi Anadolu.

Pada minit ke-60, Real Madrid menyamakan kedudukan selepas Karim Benzema berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila tiga minit kemudian Villarreal memperoleh satu lagi gol menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Gerard Moreno untuk membolehkan pasukan tuan rumah mendahului 2-1.

Villarreal yang mengumpul 27 mata kini melonjak ke tangga kelima dengan rekod lapan menang dan lima kalah.

Real Madrid yang sebelum ini sudah mencatat 12 kemenangan dan hanya dua kali kecundang kekal di tempat kedua.- BERNAMA