KUALA LUMPUR – Sebanyak 405 kes Covid-19 direkodkan semalam termasuk lapan kes import.
Ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 4,991,752.
Manakala hanya satu kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama, menurut data KKMNOW, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,875.
Kes yang dikuarantin di rumah pula sebanyak 10, 763 dengan 599 kes ditempatkan di hospital.
Seramai 32 lagi berada di unit rawatan rapi dengan 12 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh sebanyak 441. – MalaysiaGazette