KUALA LUMPUR – Negara merekodkan sebanyak 383 kes jangkitan Covid-19 semalam, berbanding 405 kelmarin.
Pertambahan itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 di Malaysia sejak Mac 2020 sebanyak 4,992,133.
Bagaimanapun kes kematian melonjak kepada lapan berbanding satu kelmarin, sekali gus jumlah terkumpul kepada 36,883.
Kes aktif juga bertambah kepada 11,414 berbanding 10,763 kelmarin termasuk 10,779 dikuarantin di rumah.
Jumlah pesakit di rawat di hospital pula sebanyak 607 dengan 28 ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 11 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula sebanyak 355. – MalaysiaGazette