KUANTAN – Dua kakitangan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama enam hari bermula hari ini.
Kakitangan pertama merupakan seorang wanita bertugas sebagai Pengurus Kewangan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) manakala supsek lelaki merupakan Eksekutif Kanan Kewangan KOSMA.
Kedua-duanya berusia 40 dan 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan kesalahan menyalahgunakan kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham yang berjumlah RM229,000 sejak tahun 2019.
Perintah reman dikemukakan oleh Pegawai Reman SPRM, Muhammad Azrul Izwan Abdul Aziz di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kuantan.
Mahkamah memerintahkan mereka direman sehingga 15 Januari 2022 dan kes disiasat di bawah Saeksyen 23 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette
Ada jugak kes koperasi yg x nak bayar duit simpanan ahlinya,bila ahlinya mintak.Walhal dah jelaskan semua pinjaman,dan jika bayar pun sikit-sikit ,3 bulan sekali,lepas tu setahun sekali.Dah macam nak bagi hutang pulak.Bila mintak penjelasan kenapa begitu,koperasi hanya membisu seribu bahasa.