Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan di Sabah mengambil keputusan tidak hadir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 yang berlangsung hari ini.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan itu atas sebab perlunya penubuhan seceoat mungkin sebuah Jawatankuasa Khas bagi menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

“Selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri, saya dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Parti Warisan menyokong saranan Anwar bagi pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersama ADUN Parti Warisan menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan RUU Bekalan Gas 2023 yang akan dibentang dalam mesyuarat tersebut.

Keputusan ini selaras dengan perjuangan Parti Warisan untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 dengan sepenuhnya.

“Saya yakin kedua-dua rang undang-undang ini akan mendapat kelulusan kerana hanya memerlukan majoriti mudah. – MalaysiaGazette