KUALA LUMPUR – Ibu kepada Chef Wan, Noraini Abdullah, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, di sini, pada usia 93 tahun.

Menurut Chef Wan atau nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail, Allahyarham Noraini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya selepas solat Zuhor.

“Dengan rasa dukacita saya mengesahkan ibu tercinta saya telah meninggal dunia dengan tenang pada jam 6.20 pagi sewaktu dalam tidur.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampun segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman nanti,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Katanya, jenazah akan dibawa keluar dari Hospital Gleneagles kira-kira jam 10.30 pagi hingga 11 pagi untuk dibawa ke Masjid Putrajaya sebelum dikebumikan di Cyberjaya. – MalaysiaGazette