Para perwakilan bersorak ketika mendengar ucapan dasar daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MUHD NA’IM, 13 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – UMNO perlu bermuhasabah bagi mengenal pasti punca parti itu mengalami kekalahan berturut-turut sejak dua pilihan raya umum yang lalu.

Ketua Wanita UMNO Kuala Pilah, Suziiyana Mahayuddin berkata, UMNO tidak boleh membiarkan kekalahan demi kekalahan dalam pilihan raya, sebaliknya sesuatu perlu dilakukan supaya tindakan dapat diambil bagi mengatasi kelemahan yang ada.

“Kalau dah dua kali berturut-turut kalah ni maknanya apa...we must have something wrong somewhere (mesti ada sesuatu yang tidak kena di suatu tempat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Menurut Suziiyana, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan terhadap orang muda, beliau mendapati rata-rata mereka mengatakan bahawa UMNO merupakan parti yang sudah lama dan kurang fleksibel.

Malah katanya, ada juga yang menganggap bahawa UMNO sebagai sebuah parti konvensional dan tidak kontemporari serta kurang progresif.

Tegas beliau, tanggapan seperti itu dalam kaangan orang muda perlu ditangkis segera bagi mengelak sesuatu ia menjadi lebih parah pada masa akan datang.

“Kita tak boleh sentap dengan pandangan-pandangan mereka kerana merekalah pengundi-pengundi kita pada hari ini yang berusia seawal 18 tahun.

“Jumlah pengundi muda ini sangat ramai…we have to do something about this (kita kena buat sesuatu tentang perkara ini),” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast