Petugas kesihatan memasuki wad pesakit Covid-19 yang kritikal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 06 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 320 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes terkumpul sebanyak 4,993,566 termasuk 38,580 kes import.

Tiga kematian direkodkan dalam tempoh sama.

Pertambahan itu menjadikan kes kumulatif kes kematian akibat virus berkenaan menjadi 36,908 sejak Mac 2020.

Data KKMNOW menunjukkan sejumlah 10,937 kes aktif semalam dengan 10,467 menjalani kuarantin di rumah.

Manakala 453 pula menjalani rawatan di hospital termasuk 17 ditempatkan di unit rawatan rapi hospital dengan lima memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh semalam sebanyak 506. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast