Banduan mahu amalan kurungan dalam penjara diperbaiki. foto Solitary Watch

HOUSTON – Sudah lebih tiga hari sejak lebih 70 banduan memulakan mogok lapar kerana membantah amalan kurungan yang keras di seluruh Texas, lapor Texas Tribune.

Jabatan Keadilan Jenayah Texas (TDCJ) mengesahkan sekurang-kurangnya 72 daripada mereka masih mogok lapar.

“Bantahan kami dilakukan secara aman, merangkumi semua kaum dan agama untuk memperbaiki keadaan dalam lingkungan TDCJ,” laporan itu memetik kenyataan akhbar daripada banduan.

Banduan-banduan bercadang untuk meneruskan mogok mereka pada hujung minggu cuti melainkan pegawai penjara bertemu dengan jawatankuasa ahli kumpulan berbeza untuk berunding, kata laporan itu.

“Beribu-ribu banduan di Texas ditahan dalam kurungan bersendirian.

Pada November 2022, lebih 500 banduan telah diasingkan selama lebih sedekad,” kata laporan itu. – Agensi