Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Waktu operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dari jam 8 pagi hingga 8 malam dan bukan 24 jam, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

NSRC ditubuhkan bertujuan membantu mangsa penipuan siber agar bertindak segera daripada terus menanggung kerugian akibat pengeluaran wang tanpa sekatan.

Orang ramai boleh menghubungi talian 997 untuk membuat aduan berkaitan penipuan siber.

“Ini boleh dilakukan dengan menghubungi NSRC melalui talian 997 yang beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam dan tindakan akan dijalankan dengan membekukan akaun serta menyekat pengeluaran wang.

“Mangsa kemudian perlu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

NSRC merupakan inisiatif bersama agensi-agensi kerajaan bagi menangani kes-kes jenayah siber dengan lebih berkesan dan bersepadu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast