boo demokrasi UMNO Najib Puad
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan perwakilan UMNO telah membuat keputusan yang betul apabila menyokong usul agar dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, parti perlu memberikan fokus terhadap perjuangan selepas mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum (PRU) lalu serta memerlukan tempoh bertenang lebih-lebih lagi kini berada dalam kerajaan.

Katanya, langkah untuk mempertandingkan dua jawatan tertinggi itu juga tidak kena pada masanya kerana UMNO bakal berdepan dengan situasi besar iaitu pilihan raya negeri (PRN).

“Kita bimbang kalau adanya politik wang berlaku dalam keadaan kita nak berhadapan PRN di enam negeri maka ini merugikan parti.

“Sebab itu pada saya, tak timbul soal demokrasi dimatikan kerana keputusan ini dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO bukan keputusan dalam Majlis Kerja Tetrtinggi dan dipersetujui hampir 95 peratus perwakilan yang hadir.

“Jadi, ini maksudnya, ini demokrasi, maksudnya kena terima keputusan,” katanya ketika ditemui selepas mendengar ucapan penangguhan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Untuk rekod, PAU 2022 hari ini meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini.

Usul berkenaan diluluskan dengan tujuan memastikan kestabilan parti.

Kira-kira 98 peratus perwakilan menyokong usul tambahan yang dibawa oleh wakil Negeri Sembilan, Mohd. Shukri Shamsuddin semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Perwakilan UMNO tu kebanyakannya semua masyukkkkk…bodoh2 tak sedar diri..dah kalah teruk dlm PRU..perangai mcm tu juga

Comments are closed.