POKHARA, Nepal – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh selepas sebuah pesawat milik Yeti Airlines dari Kathmandu ke bandar pelancongan, Pokhara terhempas semasa mendarat dan terbakar berhampiran lapangan terbang di tengah Nepal.
Video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah pesawat terbang rendah di kawasan berpenduduk sebelum menjunam.
Kira-kira 200 tentera Nepal terlibat dalam operasi menyelamat di lokasi nahas di gaung Sungai Seti yang terletak 1.5 kilometer dari lapangan terbang.
“Kami menjangka terdapat lebih banyak mayat,” kata jurucakap tentera yang menyatakan pesawat itu berkecai.
Perdana Menteri, Pushpa Kamal Dahal memanggil mesyuarat tergempar dan menggesa agensi negeri untuk menjalankan operasi menyelamat.
Pesawat itu membawa 72 orang penumpang dan daripada jumlah tersebut 53 adalah warga Nepal, India (5), Rusia (4) dan Korea Selatan (2).
Selain itu seorang penumpang masing-masing dari Ireland, Australia, Argentina dan Perancis serta empat orang anak kapal. – Agensi