Gambar Hiasan
Pemilihan parti Gerakan bakal menyaksikan empat calon bertading bagi jawatan presiden setakat ini.

KUALA LUMPUR – Pas bagaikan “serampang dua mata” yang boleh membantu Gerakan mendapat sokongan pengundi Melayu, tetapi pada masa yang sama membawa beban kepada parti itu.

Naib Presiden Gerakan, Koo Shiaw Lee berkata, kebangkitan Pas membawa kelebihan kepada Gerakan untuk mendapat sokongan pengundi Melayu, tetapi membeban pada masa yang sama dalam usaha mendapat sokongan bukan Melayu.

Dalam pada itu, Shiaw Lee berkata, Gerakan tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri Pas di Kedah untuk menutup kedai loteri dan telah memberi maklum balas kepada Perikatan Nasional.

“Dalam isu ini, Pas hanya menyatakan akan mendengar pandangan, tetapi saya tidak melihat ada apa-apa tindakan lagi,” katanya kepada Oriental Daily.

Beliau berkata, adalah sukar untuk menjangkakan keadaan pilihan raya negeri akan datang, tetapi Gerakan akan menumpukan perhatian kepada Pulau Pinang.

“Pulau Pinang merupakan negeri barisan hadapan Gerakan yang juga tempat permulaan Gerakan.

“Di mana kami jatuh, di situ juga akan kami bangkit semula. Kami akan menggabungkan kempen tradisional dan siber untuk menghadapi pilihan raya negeri,” katanya.

Mengulas tentang kerjasama antara PH dan UMNO, Shiaw Lee berkata, usahasama politik itu akan membawa kebaikan jangka pendek, tetapi akhirnya akan melemahkan UMNO.

“Sekarang Pas sudah berlainan, mereka bukan sahaja ada menteri besar dan pernah menjadi menteri Persekutuan, tetapi juga mempunyai sumber yang banyak.

“Dari segi perang siber, Pas juga mempunyai kelebihan,” katanya.

Ujarnya, sokongan daripada pengundi dalam pilihan raya negeri akan membolehkan Gerakan mempunyai suara yang lebih kuat dalam Perikatan Nasional.