Muhammad Ikram Bin Abdul Jalal.- Gambar ihsan bomba.

KUANTAN – Aktiviti memancing bertukar tragedi apabila seorang lelaki apabila terjatuh daripada tebing sungai di Jambatan Merpatih, Lanchang dekat sini malam tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis kira-kira pukul 12 tengah malam berkenaan kes terbabit.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 23 tahun telah terjatuh dari tebing ketika memancing bersama rakannya.

“Saksi memaklumkan terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa,” kata Zulfadli dalam satu kenyataan pagi ini.

Susulan itu, pihak bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sekitar lokasi kejadian sehingga jam 8 pagi tadi namun masih belum menemukan mangsa.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa, Muhammad Ikram Bin Abdul Jalal, 23 yang berasal dari kampung Baru Lanchang  memancing bersama abang dan sepupunya di sungai tersebut. – MalaysiaGazette