Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonan rayuan menyemak sabitan dan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 19 JANUARI 2023.

PUTRAJAYA – Panel lima hakim hari ini mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel berkenaan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli.

Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais turut bersidang.

Bekas Perdana Menteri itu diwakili barisan Peguam diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Datuk V Sithambaram mengetuai pendakwaan selaku responden dalam semakan berkenaan. – MalaysiaGazette