Pegawai dan anggota Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang yang terbabit dalam operasi pemantauan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 sudah memakai kamera badan beresolusi dan sensitiviti tinggi ketika operasi pada hari semalam.

KUANTAN – Anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menggunakan teknologi kamera badan bermula semalam ketika menjalankan operasi.

Pengarahnya, Datuk Nor Azimi Yunus berkata, Pahang merupakan negeri ketiga menggunakan menggunakan kamera badan.

“Pemakaian kamera badan ini dapat menjamin ketelusan penugasan dan kebajikan anggota itu selain dilihat mampu memelihara integriti dan meningkatkan imej JKN sendiri.

“Mereka yang terlibat ialah kakitangan di lapangan operasi seperti pegawai dan anggota yang terbabit dalam operasi pemantauan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Nor Azimi, teknologi penggunaan kamera badan resolusi dan sensitiviti tinggi itu telah digunakan pada Disember lalu di Putrajaya dan Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette