KUALA LUMPUR – Sebanyak 293 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.
Pertambahan itu menjadikan kes terkumpul sebanyak 4,995,925 sejak Mac 2020.
Manakala dua kes kematian direkodkan dalam tempoh sama, sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif kepada 36,932.
KKMNOW menunjukkan kes aktif sebanyak 10,320 kes etrmasuk 9,942 menjalani kuarantin di rumah.
Jumlah pesakit di hospital pula sebanyak 366 termasuk 12 di unit rawatan rapi.
Sebanyak 10 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette