Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di tujuh daerah di Selangor sehingga pukul 5 petang ini.

Agensi kaji cuaca itu menerusi Facebook memaklumkan, daerah yang terbabit adalah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

MetMalaysia turut meramalkan keadaan sama berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka serta beberapa daerah di Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini serta sahih. – MalaysiaGazette