LONDON – Arsenal berada di landasan tepat dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini apabila bangkit menewaskan Manchester United 3-2 di Stadium Emirates pagi tadi.
Eddie Nketiah muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 untuk skuad kendalian Mikel Arteta kembali mendahului lima mata di puncak liga.
Sebelum itu, Nketiah menyamakan kedudukan selepas pelawat di hadapan menerusi jaringan pembukaan Marcus Rashford untuk United sebelum penyerang England, Bukayo Saka meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-53.
Pelawat kemudian menyamakan kedudukan apabila pertahanan Argentina, Lisandro Martinez menanduk masuk bola pada minit ke-59.
Sementara itu, juara bertahan, Manchester City terus merapatkan jurang selepas kemenangan 3-0 ke atas Wolves, hasil hatrik keempat Erling Haaland musim ini.
Arsenal kini mampu bertahan di puncak liga untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris, yang kali terakir dimenangi pada tahun 2004.
Mereka kini mengumpul 50 mata selepas 19 perlawanan, dan bermain kurang satu perlawanan berbanding City yang menghuni tangga kedua.
United, di tangga keempat, mengalami kekalahan pertama dalam semua pertandingan sejak awal November. – Agensi