KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan memfailkan saman sivil terhadap kerajaan kerana dikatakan berniat jahat dalam pertuduhan terhadapnya sebelum ini.
Bekas Pengerusi FELDA itu memberitahu, beliau telah memulakan langkah dengan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
“Lepas ini, saya akan bincang dengan peguam-peguam saya. Tunggu je lah,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Pada 5 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Shahrir daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada LHDN.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membebaskan Shahrir, 73, selepas Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh dalam kes itu.
Pada 13 Januari lalu, Shahrir telah membuat laporan polis bagi mendesak siasatan ke atas Tommy yang didakwa menyalahgunakan kuasanya dalam kes perbicaraan beliau. – MalaysiaGazette
Dakwa dia dan sumbat dia di penjars kajang. Kurang ajar
Dakwa dia dan sumbat dia di penjars kajang. Kurang ajar punya peguam. Rasuah