Saddil Ramdani. Foto Facebook Sabah Football Club.

KUALA LUMPUR – Masa depan pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani akhirnya terjawab apabila dia kekal bersama Sabah FC bagi musim Liga Super 2023.

Status mengenai Saddil itu disahkan sendiri oleh ejen pemain berusia 24 tahun itu, Alexander Talpes di laman Insta Story miliknya pada Rabu.

“Setelah berbincang secara mendalam dengan keluarga, Saddil memutuskan untuk kekal di Sabah FC bagi musim 2023,” tulisnya.

Sebelum ini, kontrak Saddil bersama kelab berpangkalan di Borneo itu tamat pada 30 November 2022 lalu dan statusnya bersama Sabah FC menjadi tanda tanya penyokong.

Antara pasukan yang berminat untuk memburu khidmat pemain itu ialah kelab dari Austria dan juga satu tawaran daripada Liga Belasuri iaitu Dinamo Minsk.

Bersama Sabah FC, Saddil membuat 20 penampilan untuk The Rhinos dengan merekodkan empat gol dan tujuh hantaran dalam semua pertandingan musim lalu. – MalaysiaGazetet