Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak mendatar pada hari Rabu selepas data menunjukkan peningkatan yang tidak dijangka dalam simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

West Texas Intermediate untuk penghantaran Mac naik AS$0.02 untuk ditutup pada AS$80.15 dolar AS setong di New York Mercantile Exchange.

Manakala minyak mentah Brent untuk penghantaran Mac susut AS$0.01 sen untuk ditutup pada AS86.12 dolar setong di Bursa Hadapan ICE London.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS. (EIA) melaporkan hari Rabu, inventori minyak mentah komersial negara itu meningkat sebanyak 0.5 juta tong pada minggu berakhir 20 Januari.

Keputusan itu melesat daripada jangkaan analisis yang dibuat oleh S&P Global Commodity Insights yang mengunjurkan bekalan minyak mentah AS akan mengalami kejatuhan sebanyak 2.4 juta tong .

Menurut EIA, jumlah inventori petrol motor meningkat sebanyak 1.8 juta tong minggu lepas, manakala inventori bahan api sulingan menurun sebanyak 0.5 juta tong. – Agensi