Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamaed Khaled Nordin beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei ''Knowledge,Tradition and Civilization : Essay In Honour of Professor Osman Bakar'' di INSTAC-IIUM, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat tindakan Dewan Ulama Pas Pusat yang akan menganjurkan satu himpunan solidariti bagi bantahan penghinaan terhadap agama Islam oleh seorang pemimpin pelampau Sweden baru-baru ini, agak terlewat.

Perdana Menteri itu berkata, Kerajaan Perpaduan telah menyatakan pendirian Malaysia bahawa negara ini tidak akan bertoleransi dengan tindakan Islamofobia pemimpin parti politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah al-Quran di Stockholm.

“Jika Pas mahu lakukan begitu, mereka boleh lakukan tapi kerajaan telah buat perkara itu dan hubungi Duta Sweden dan nyatakan dengan jelas pendirian Malaysia.

“Kenyataan kita amat tegas tapi mereka (Pas) agak terlewat untuk nyatakan pendirian,” katanya kepada media selepas menghadiri pelancaran Buku Himpunan Esei ‘Knowledge, Tradition and Civilization: Essays In Honour Of Professor Osman Bakar’, hari ini.

Anwar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya yang akan menganjurkan satu himpunan solidariti bagi bantahan tersebut.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya dalam satu kenyataan berkata, himpunan solidariti itu akan bermula di KLCC sebelum berarak ke Kedutaan Sweden, esok.

Bagaimanapun, Anwar berkata, Pas mempunyai hak untuk mengadakan protes bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

“Mereka (Pas) ada hak untuk buat demikian.

“Tiada isu mengenai protes (yang akan diadakan esok oleh Pas), mereka harus tunjukkan pandangan mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Bertambah2 lagi kasih dan sayang anak2 muda dan tua kepada parti PAS. Sebagai tanda terimakasih mereka dikatakan sudah tidak sabar2 lagi ingin meyedekahkan undi kepada parti tersebut di Selangor, N Sembilan dan P Pinang dalam PRU tak lama lagi.

  2. lewat atau cepat hanya perkara remeh..yang penting ada BANTAHAN KERAS umat ISLAM.

    BUKAN seperti P Haru yang membisu malah menyokong HIMPUNAN LGBT ARAK FEST…melarang penguatkuasa menangkap yang terlibat Dengan PERSUNDALAN KELAB2 MALAM selepas 12malam ARAHAN MUJAHID YUSUF RAWA
    bantahan ICERD Pakatan H ANCING pun menikus

Comments are closed.