Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berjalan keluar dengan melambai pada bangunan UMNO selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dipecat daripada parti.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin  Hussein, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya pula digantung selama enam tahun.

Dua lagi adalah Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Salim Shariff.

Keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini yang dipengerusikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 JANUARI 2023.

Perkara tersebut disahkan oleh Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zakarshi dalam Facebooknya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya digantung parti enam tahun, saya minta terus dipecat – Noh

5 Komen

  1. Umno kini sudah menjadi parti minoriti, budak suruhan PKR/DAP? Jom semua orang2 kampung, akar umbi Umno, ayuh kita berhijrah dan SEDEKAHKAN undi kita dan keluarga kepada Pas. Kita telah membuktikannya dan berjaya dalam PRU lalu.

Comments are closed.