MGNews: SKSSR Amat Manfaat, Banyak Membantu Waris

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik, keilatan, keuzuran, penyakit serta kematian semasa menguruskan rumah tangga.

Bagi mendapat manfaat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah dengan RM120 setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu.

Layari www.perkeso.gov.my atau hubungi 1 300-22-8000 untuk maklumat lanjut.