Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (dua kanan) dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (empat kanan) semasa hadir Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Malaysia (ACCCIM) 2023 di Wisma Chines Chamber, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 28 JANUARI 2023

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri melahirkan keyakinan sesiapa yang terlibat dengan rasuah tidak akan terlepas begitu sahaja.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pihak berkuasa tidak akan melengah-lengahkan siasatan atau pendakwaan terhadap individu yang terbabit dengan aktiviti yang mencemarkan nama negara.

“Kelangsungan hidup orang Melayu bukan dicabar oleh kaum lain. Sebaliknya, oleh pemimpin negara yang tamak dan mencuri dari dana awam.

“Saya bukan lagi bercakap sebagai pemimpin pembangkang tetapi melihat sendiri kertas kerja dan perkembangan beberapa tahun lalu,” katanya dalam ucapan sempena majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Wisma Chinese Chamber hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, bukan niat beliau untuk mencampuri urusan pihak berkuasa namun percaya mereka tidak akan melepaskan mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah.

“Saya bercakap ini bukan lagi sebagai pemimpin pembangkang malah saya sudah melihat kertas-kertas berkenaan dan melihat sendiri mengenai itu bertahun-tahun.

“Kita bukan bercakap tentang survival politik seseorang atau pun kerajaan tapi kelangsungan negara kita untuk semua rakyat di negara ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Kes rasuah LGE bekas menteri wang yang diguggurkan sewajarnya diadili sama seperti kes Wak Sakau supaya adil lagi saksama tanpa berbaur bias perkauman dong.

Comments are closed.