KUALA LUMPUR – Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Perdana Menteri bagi sektor ekonomi dan kewangan dilihat tidak sesuai kerana bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai kelulusan yang tiada kaitan dengan jawatan yang hendak disandang.
Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, Nurul Izzah tidak mempunyai kelulusan dalam bidang ekonomi sebaliknya, beliau merupakan pemegang ijazah dalam bidang elektrik dan elektronik serta hubungan antarabangsa.
Beliau turut mempersoalkan, kerajaan telahpun memiliki Menteri Ekonomi dan apa pula keperluannya mahu menambah lagi Penasihat Kanan Ekonomi.
“Isunya bukan ambil gaji atau tidak. Isunya adalah pelantikan yang tidak kena pada tempatnya.
“Nurul Izzah mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik dari Universiti Tenaga Nasional. Kemudiannya melanjutkan pelajaran di Johns Hopkins Universiti dalam bidang Hubungan Antarabangsa (Southeast Asia).
“Situasi yang amat membingungkan jika pendapat menyatakan bahawa beliau mempunyai kelulusan untuk menjadi Penasihat Kanan Ekonomi kerana kedua-dua kelulusan tersebut adalah tidak berkaitan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shahir berkata, fokus utama Perdana Menteri sepatutnya membentuk pasukan ekonomi yang berkaliber tanpa unsur politik demi memulihkan ekonomi negara.
Ujarnya, lantikan politik sebegitu dilihat amat bertentangan dengan semangat telus dan bersih sebagaimana dilaungkan ketika berkempen pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Dalam pada itu Shahir berkata, pihaknya menggesa Perdana Menteri supaya membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap pelantikan anaknya itu.
Katanya, pada Disember lepas, Perdana Menteri telahpun mengumumkan melantik bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican sebagai ketua penasihat ekonomi di Kementerian Kewangan dalam usaha memulihkan ekonomi.
Tambah beliau, Mohd Hassan merupakan individu yang lebih tepat untuk dilantik ke jawatan berkenaan berdasarkan pengalaman yang ada padanya.
“Rakyat semestinya tidak akan marah kiranya Penasihat Kanan Ekonomi adalah seorang yang berkelayakan seperti Tan Sri Hassan Marican,” katanya.
Semalam Nurul Izzah mengesahkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri yang juga ayahnya.
Beliau mengesahkan perkara tersebut dalam temu bual eksklusif dengan The Star.
Nurul Izzah berkata, beliau memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu. – MalaysiaGazette
Tak apa. Kalau tak kita syorkan supaya tarik sokongan untuk tukar PM.
Rakyat hidup tersepit hidup di kelilingan hutag nak makan pun berkira-kira kami mintak kwsp banyak alasan diberi kini kamu lantik keluarga kamu dan beri dana kepada koroni berjuta-juta demi kuasa