Idrus Harun

KUALA LUMPUR – Prosiding kes-kes berprofil tinggi yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram yang sedang berjalan ketika ini tidak akan terjejas.

Sebaliknya Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, ia termasuk kes penyewelengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rasuah berkait projek hibrid solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak yang dihadapi oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia akan dikendalikan pasukan pendakwaan sama, katanya.

Untuk makluman, GopalĀ  sebelum ini telah mengetuai pasukan pendakwaan penyewelengan dana 1MDB, pindaan laporan audit 1MDB, pecah amanah berkaitan bayaran kepada International Petroluem Investment Company (PIC) serta kes Rosmah iaitu projek hibrid solar dan dakwaan penggubahan wang haram.

Ketika ini juga, pihak berkaitan sedang dalam proses mahkamah untuk cuba menyingkirkan Gopal daripada terus mengetuai kes-kes itu.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei depan untuk mendengar rayuan Rosmah berhubung semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Gopal selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan membuat semakan kehakiman itu.

Hari ini juga ketika prosiding 1MDB di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib telah memohon masa kepada mahkamah supaya agihan tugasan dapat dilakukan dalam perbicaraan ketika ini.

Semalam, sekitar pukul 12.15 tengah hari, Gopal yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan menghembuskan nafas akhirnya di sebuah hospital swasta setelah dimasukkan ke pusat perubatan itu akibat jangkitan kuman.

Upacara pengebumian dan pembakaran mayat akan diadakan tengah di pusat krematorium Nirvana di sini esok. -MalaysiaGazette