Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan membunuh seorang lelaki pada Disember tahun lalu.
Buruh kilang besi warga Bangladesh, MD Mojibur Rahman, 30 tahun bersama penganggur, warga tempatan, K Visvanathan, 57, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.