Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) terkejut apabila didedahkan dengan penipuan melibatkan beratus ribu pengguna dalam satu aplikasi berbentuk perkhidmatan yang memberi ganjaran dalam talian (e-ganjaran).

MHO menerima sekurang-kurangnya 80 aduan baru-baru daripada pengguna yang telah mendaftar dengan perkhidmatan e-ganjaran itu sebelum menyedari jumlah mangsa mencecah ratusan ribu.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya mendapati perkhidmatan itu menjanjikan ganjaran melalui pemberian mata ganjaran bagi setiap pembelian atau perkhidmatan yang digunakan di dalam perkhidmatan aplikasi tersebut.

Kata beliau, antara selain menawarkan barangan, perkhidmatan itu menyediakan platform beli belah atas talian, tempahan hotel dan percutian, pengiklanan digital dan platform untuk menonton persembahan dan video serta lain-lain.

“Saya sendiri terkejut kerana pada awalnya saya ingat ini hanya ‘scam biasa-biasa’ kemudian apabila MHO mula menyiasat kami dapati ianya melibatkan bukan sekelompok kecil sebaliknya ratusan ribu. Mangsa ramai yang datang mohon bantuan kepada kita. Kerugian mangsa yang datang kepada kita sahaja hampir RM4.6 juta.

“Modusnya, pengguna dikehendaki membeli baucar yang dikenali sebagai (QV) yang mana pembayaran bagi baucar ini hendaklah dibeli melalui FPX online. Nilai pembelian 1 QV bersama RM1. Setelah membeli QV pada waktu promosi akan diberi ganjaran dalam bentuk baucar subsidi dikenali sebagai SV.

“Pengguna kemudian berbelanja dengan QV pada jumlah tertentu yang akan diberi ganjaran SV. Mangsa lebih tertarik dengan aplikasi ini apabila QV dan SV ini boleh digunakan untuk membeli atau membayar barang atau perkhidmatan yang tersedia di dalam aplikasi tersebut dengan dijanjikan penjimatan sehingga 50 peratus apabila menggunakan perkhidmatan itu,” katanya.

Hishamuddin berkata, mangsa yang telah berdaftar dan membeli QV secara FPX online tidak diberikan QV dan SV apabila aplikasi tersebut tidak lagi berfungsi.

“Terdapat makluman mengatakan bahawa pasar mini yang berdaftar dengan pengendali aplikasi tersebut di mana pengadu membeli barang-barang runcit pada separuh harga juga telah ditutup kedai tersebut pada masa ini.

“Kebanyakan pengadu-pengadu memaklumkan yang mereka ini berhadapan masalah kewangan sangat teruk setelah membuat pembayaran bagi membeli QV ini. Bayaran yang telah dibuat juga tidak dipulang semula kepada mereka.

“MHO akan beri bantuan guaman kepada mangsa penipuan pelaburan ini agar kes mereka ini dapat diketengahkan dan diberi perhatian, tangkap dalang sebenar dan kenakan tindakan tegas yang sewajarnya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. ada style baru sekarang . pakai egent untok cari pelanggan . agent ini akan menjerat pelangan dengan cinta . suruh melabur untok masa depan anak2 bila dah kahwin . tempat pelaburan itu bite-ace global.com atau senei.com .

    dalam pelaburan itu disuruh nya pilih automatok . plan ini kena topup 100 usd sehari selama 14 hari . kalau tak berjaya akaun akan dihapuskan . tapi agent tak beritahu perkara ini . sehingga akhirnya pelanggan gagal .

    hati2 lah aku dah kena

    • lepas tu ada lagi bayaran . kena bayar wang insuran 1,500 usd untok pelaburan itu boleh dikeluarkan . tak bayar akaun hapus / lupus

Comments are closed.