Hamidin Mohd Amin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut berharap pelantikan Hamidin itu akan memberi nafas baharu kepada sukan bola sepak negara.

“Selamat bertugas dan semoga pelantikan ini membawa suatu nafas baharu kepada bola sepak negara,” katanya dilaman sosial itu.

Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 pada Kongres AFC Ke-33, di Pusat Konvensyen Gulf di Manama, Bahrain, semalam.

Hamidin rebut kerusi Ahli Majlis FIFA

Hamidin, yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, menerima 30 undian.

Beliau merupakan antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil Asia.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis FIFA dari 2015 hingga 2019.

Manakala, Tan Sri Hamzah Abu Samah, menyandang jawatan Naib Pres1iden FIFA selama lapan tahun iaitu dari 1982 hingga 1990. – MalaysiaGazette

Hamidin dilantik Ahli Majlis FIFA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast