Gambar hiasan

SYDNEY – Seorang gadis berusia 16 tahun maut selepas diserang ikan jerung ketika berenang di sungai di Australia Barat.

Dia disahkan meninggal dunia selepas ditarik dari Sungai Swan, di pinggir Perth dekat Fremantle.

Dipercayai gadis yang berasal dari Perth itu sedang menaiki jet ski bersama rakan-rakan di sungai ketika kejadian itu berlaku.

Polis berkata, kemungkinan gadis itu melompat ke dalam air untuk berenang bersama ikan lumba-lumba yang dilihat berdekatan.

Australia biasanya merekodkan kira-kira 20 serangan jerung setiap tahun, dengan kebanyakannya berlaku di New South Wales dan Australia Barat.

Terdapat dua serangan jerung maut pada 2021, dan tujuh pada 2020.

Dari segi sejarah, kematian akibat gigitan jerung bukanlah perkara biasa. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast