Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 202 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam dengan enam kes import dicatatkan.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal KKM Now menunjukkan sebanyak satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat malam tadi.

Justeru, jumlah kematian dalam negara akibat Covid-19 mencecah 36,943 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 10,136 kes, dengan 9, 758 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 372 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan enam pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kesemua pesakit itu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan ialah 275 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,990,705 kes. – MalaysiaGazette