James Tarkowski. Foto Sporting News.

LONDON – Everton mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Arsenal di Goodison Park yang merupakan kekalahan kedua skuad Mikel Arteta musim ini.

Ia merupakan perlawanan pertama Sean Dyche sebagai pengurus selepas pemecatan Frank Lampard.

Arsenal yang turun dengan motivasi untuk melebarkan kelebihan mata kepada lapan mata di puncak liga akur apabila tandukan James Tarkowski memberikan Everton permulaan yang sempurna di bawah pengurus baharu itu meneruis kemenangan 1-0.

Kemenangan pertama Everton dalam 11 perlawanan membawa Toffees keluar dari zon penyingkiran.

Arsenal kekal lima mata di hadapan Manchester City di tangga teratas liga, tetapi mungkin baru sahaja melepaskan peluang besar untuk melanjutkan kelebihan mereka ketika mereka menyasarkan kejuaraan liga pertama sejak 2004.

Everton hadir dalam perlawanan itu selepas empat kekalahan liga di Goodison buat kali pertama sejak 1958.

Prestasi buruk itu menyebabkan Frank Lampard kehilangan tugasnya dan janji Dyche mendapat lantunan prestasi yang diingini.

The Toffees adalah satu-satunya kelab Liga Perdana Inggeris yang tidak membuat sebarang pembelian pada jendela perpindahan Januari walaupun berada dalam kedudukan berbahaya dalam carta liga. – Agensi