KUALA LUMPUR – Penyerang kebangsaan Filipina, Jose Elmer Porteria menjadi pilihan Kelantan United FC (KUFC) bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023 selepas menandatangani kontrak selama semusim.
KUFC berkata, pemain berusia 28 tahun itu mengisi kuota pemain ASEAN yang disyaratkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
“Porteria merupakan pemain import keempat skuad Kijang Hijau pada musim ini. Tiga lagi adalah Ernist Batyrknov (Kyrgyzstan), Yan Victor (Brazil) dan Morgaro Gomis (Senegal),” katanya kelab itu dalam satu hantaran Facebook KUFC.
Porteria yang memulakan karier bersama kelab di Amerika Syarikat, DC United itu berkebolehan beraksi di posisi sayap kiri dan kanan.
Pemilihannya berdasarkan kepada prestasi dan rekod permainan dengan beraksi lebih 90 perlawanan di Liga Filipina, Liga Thailand, Piala AFC dan Liga Juara Asia.